Sunday, July 19, 2009

Program 3K


25 JULAI 2009 -PROGRAM 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan) yang bertemakan "Anakku Permataku Sayang" telah diadakan dengan jayanya. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar SKTJ. Beberapa agensi kerajaan turut hadir mengadakan pameran iaitu Jabatan Perhilitan Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Daerah Kota Setar, AADK Kota Setar, Klinik Kesihatan Pokok Sena (pemeriksaan kesihatan) dan Jabatan Penjara Pokok Sena (gerai kraftangan).

Para pengunjung yang hadir menunggu majlis dimulakan di khemah utama

Pameran Perhilitan Negeri Kedah

Pameran AADK Alor Setar (Pencegahan dadah)

Gerai kraftangan Jabatan Penjara Pokok Sena turut sama memeriahkan program


Majlis dimulakan dengan senamrobik (sempena bulan kecergasan) yang disertai oleh warga SKTJ dan para pengunjung.

Tiga orang instruktor senamrobik yang dijemput khas berjaya menceriakan suasana pagi
Bersungguh-sungguh memulakan aktiviti senamrobik

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar bin Ibrahim, diikuti dengan ucapan aluan oleh Encik Fauzi Mohamad, YDP PIBG, ucapan Tuan Haji Mat Ishak bin Awang Mustafa, Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Khalid Abdullah, Pengerusi JKK Telok Jamat.

Program kemasyarakatan ini diserikan lagi dengan Simpanan Galakan Tabung Haji dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Pokok Sena, yang amat mendapat sambutan pengunjung.

Pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapat pemeriksaan gula dan darah.

Antara aktiviti yang diadakan pertandingan mewarna murid Pra, Tahap 1-2, kuiz pameran, mencari harta karun (terbuka), tayangan video dan gerai jualan oleh murid-murid, guru-guru dan PIBG SKTJ.

Marilah nikmati rojak buah di gerai kami.

Mari-mari..kacang..makanan ringan...murah..murah..

Usahawan muda SKTJ membantu PKHEM..
Gerai Pusat Sumber Ustazah Habibah..macam-macam ada...

Pak Cha dengan jualan Savoon


Dua ekor kuda, Benny dan Jasmine yang dibawakan khas oleh Green Earth Ventures Bukit Mertajam, telah menarik minat seluruh kanak-kanak yang hadir.

Tak sempat turun dari lori..kuda dikerumuni oleh adik-adik yang tak sabar nak naik kuda..


Sabar dulu dik..kuda tengah warm up..

Nak naik kena beratur & beli tiket dulu..

Yeehaaa...Bestnya naik kuda!! Rasa macam koboi...

Hadiah-hadiah pertandingan mewarna dan kuiz disumbangkan oleh Tabung Haji Kuala Nerang (tabung), manakala cabutan bertuah sumbangan Pasaraya Giant Alor Setar (hamper), Shine Engineering Electric (beg sekolah), Akademi Memandu KV (Basikal) dan RLK Enterperise (sumbangan Banner) telah memeriahkan lagi program ini. Terima kasih.

Hamper sumbangan Pasaraya Giant Alor Setar

Guru Besar menyampaikan hadiah pertandingan harta karun sumbangan Shine Electric

Tuan Haji Shahrul menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan kuiz sumbangan Tabung Haji Kuala Nerang.

No comments:

Post a Comment